MADINAH: Setiap kali tiba musim haji, selain petugas haji yang diterbangkan khas dari tanah air, kehadiran pembantu petugas haji atau lebih dikenali sebagai PATUH juga tidak kurang pentingnya dalam membantu kelancaran operasi Lembaga Tabung Haji (TH).
Mereka yang kebanyakan berasal dari Patani, Thailand; Indonesia dan Bangladesh, selain rakyat Malaysia sendiri yang menetap di Arab Saudi, diupah membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Hal ini kerana kesemua mereka fasih berbahasa Arab, malah ada yang mampu bertutur dalam bahasa Melayu, sekali gus mengatasi masalah komunikasi apabila berurusan dengan warga atau pihak berkuasa tempatan.
Menurut Majed Abdulrahman Taib, seorang PATUH yang bertugas sebagai kerani di Pejabat Pengurusan Operasi Madinah, mereka diambil bekerja selama dua bulan bagi membantu dalam sektor pentadbiran, perubatan, kebajikan, pengurusan zon dan maktab, sektor media dan pengurusan khidmat pelanggan.
Beliau berkata ada dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih 20 tahun membantu operasi TH dan setiap tahun, lebih 200 permohonan diterima untuk menjadi PATUH setiap kali tawaran dibuka empat bulan sebelum musim haji.
"Bagi musim haji 1445H/2024 ini, sebanyak 69 PATUH dipilih untuk operasi di Madinah dengan 49 daripadanya membantu dalam sektor kebajikan, manakala selebihnya bahagian perubatan.
"Macam saya sendiri, kali pertama menjadi PATUH membantu TH adalah pada 2013 dengan menjadi pemandu untuk unit media sehinggalah 2019 saya balik semula ke Malaysia disebabkan COVID-19, sebelum kembali ke Madinah pada 2021," katanya dalam temu bual bersama petugas media di sini.
Majed yang berusia 30-an merupakan anak Kedah, namun lahir dan membesar di sini menyebabkannya mahir selok belok keadaan di Arab Saudi dan fasih berbahasa Arab berbanding bahasa Melayu.
Sementara itu, bagi Shukri Savage Arshad, 51, berasal dari Pattani dan telah 20 tahun berpengalaman menjadi PATUH, menzahirkan rasa teruja setiap kali terpilih membantu TH apabila musim haji.
"Alhamdulillah, saya seronok bekerja dengan Tabung Haji kerana dapat peluang membantu jemaah selain dapat banyak pengetahuan dan ilmu sehingga saya mampu membantu merawat orang kampung setiap kali balik ke Thailand," katanya yang merupakan PATUH kepada sektor perubatan.
Walaupun menjadi warga Thailand, Shukri dilahirkan serta dibesarkan di Arab Saudi dan hanya balik sekali sekala ke kampung halamannya.
Sementara itu, pakar perubatan kecemasan (Madinah), Dr Reza Murad Qamruddin mengakui, kehadiran PATUH banyak membantu petugas kesihatan dalam memberikan khidmat perubatan kepada jemaah setiap kali musim haji.
"Shukri ialah seorang yang memudah cara petugas perubatan dari segi rujukan dengan pihak hospital di Arab Saudi kerana kebanyakan petugas tidak mahir berbahasa Arab, sekali gus menimbulkan sedikit kekangan setiap kali timbul isu melibatkan pesakit jemaah haji Malaysia.
"Jadi, dia akan bertindak sebagai jurubahasa yang sekali gus melancarkan urusan dengan pihak hospital tempatan, saya rasa perkara ini merupakan satu daripada peranan penting Shukri yang sangat membantu kita," katanya.
Bagi musim haji tahun ini, sebanyak 600 petugas haji termasuk perubatan, kebajikan dan teknologi maklumat ditugaskan oleh TH untuk memastikan kelancaran operasi haji serta kebajikan para jemaah. - BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Shukri (kiri) membantu pakar perubatan kecemasan, Dr Reza Murad Qamruddin (kanan), dalam operasi harian Pusat Rawatan Madinah di Hotel Roha.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.